Trimas Sebab Melawat Blog NI... Mungkin Tak Best... Mungkin Best.. Anyway.. Enjoy..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 21, 2012

Kolej Matrikulasi Melaka (Part 2)

Assalamulaikum...
ha.. harini.. aku nak sambung pasal Kolej Matrkulasi Melaka lagi... Untuk bebudak kolej matrikulasi lain atau Universiti.. mungkin boleh amek sikit2 kot pengetahuan aku ni... nak2.. yang baru first time nak rasa dok asrama...
so.. harini aku nak cerita pasal kemudahan, kolej kediaman dan.. keperluan2 penting kat sana nanti..
Perpustakaan
KMM ada sediakan perpustakaan.. jangan risau.. haha.. perpustakaan ni 3 tingkat.. tingkat atas skali makmal komputer dan unit sains komputer... perpustakaan ni ada macam2.. serupa macam pergi perpustakaan awan je.. dan nak masuk perpustakaan ni ada etika berpakaian..
Ni la perpustakaan tu.. cantik tak aku shoot? guna nset je
Koperasi
koperasi ni terletak dekat je dengan perpustakaan.. bernaung di bawah bumbung yang sama.. ada bilik Jawatan Perwakilan Pelajar, Pembantu Rakan Dinamik, Kedai Fotostat, Ko-op dan C.C.... ko-op ada la iras2 7-E... segala keperluan ada dijual kat situ.. Topup dengan tiket bas pon boleh beli kat situ...
Macam stesen bas ak?
Kemudahan Lain
mesin ATM ada satu je.. tu yang kitorang bengang.. satu.. pastu location dia dekat pintu masuk Kolej... aduh.. rajin2la menapak ye.. Cafe untuk korang makan lak ada 4... Cafe A dan B kat kawasan blok pompuan dan Cafe C dan D pulak kat blok laki... nak pegi cafe kat tempat pompuan boleh je.. tapi limit dia sampai pukul 7 malam je... samala dengan bebudak pompuan... untuk sukan lak.. ada stor sukan untuk korang sewa barang2 sukan dan jugak basikal... kemudahan2 sukan yang disediakan adalah Squasy, Tennis, Netball, Basketball, Bola sepak, Futsal, Ping-pong, Badminton, Sofball, Rugby, Gym dan Golf.. bilik muzik pon ada gak untuk yang kaki jamming.. tapi.. kena kamcing dengan cikgu yang jaga bilik tu lah kalau nak masuk... dan ada surau yang diberi nama Surau Ibadur Rahman yang bertukar jadi masjid bila nak Solat Jumaat (yup.. Solat Jumaat pon dalam kolej jugak)..

Kolej Kediaman
Kolej kediaman lelaki dengan pompuan tak de beza sangat.. cuma laki ada lima blok je.. pompuan ada 10 blok... aku tau.. sedih kan.. bangunan dia mungkin tak cantik.. tapi kemudahan semua lengkap.. mesin basuh, bilik air, bilik tv, bilik belajar dan bilik riadah ada disediakan... 
korang akan duduk 4 orang dalam satu bilik dan korang dibenarkan ubah suai susunan perabot kat dalam tu.. setakat ni masalah kat blok adalah blackout dan gangguan bekalan air.. tapi benda tu tak berlaku selalu.. sebulan 2 kali je kot...
ni hallway kat blok C4.. aku tak tangkap gambar bilik sebab malu nanti..
bilik aku tu bersepah...
Keperluan dan Kelengkapan
sekarang untuk survival kit korang time kat sana nanti..
first keperluan kebersihan diri.. tu paling penting... then.. bawak baldi.. untuk korang basuh baju dan untuk tadah air.. takot2 takde air ke nanti... bawak selipar mandi satu, selipar jalan satu... 
biar aku list jela senang
-Sweater dan selimut sebab malam2 kadang2 sejuk tahap gaban..
-cadar dan sarung bantal..
-tuala mandi..
-extension wayar sebab korang dapat sorang satu plug je kat bilik..
-cermin, sikat, dan yang sewaktu dengannya..
-lampu meja
-heater air dengan iron baju (ni korang kena pandai2 seludupla)
-hanger baju
-dan kalau boleh, bwak rak buku satu..
tu jela.. so.. hope benda ni dapat membantu korangla... tapi aku rasa mungkin tak kot.. haha.. Gud Luck dengan kehidupan baru korang nanti... aku doakan yang terbaik.. InsyAllah..
sekian
Assalamualaikum...
"Senyum Selalu Geng"



No comments:

Post a Comment